Sunday, August 9, 2009

~Wan Cik Gondah??~

aha..siapakah Wan Cik Gondah ini? saya pun tidak tahu tentang wujudnya Wan Cik Gondah ini. itupun setelah seorang kenalan yang bekerja di MaTiC telah menjemput untuk menonton teater Wan Cik Gondah yang telah diadakan di MaTiC pada hujung minggu yang lalu. Setelah menonton, baru saya mengetahui tentang kewujudan Serikandi Perak yang bernama Wan Cik Gondah ini. Menurut teater tersebut, Wan Cik Gondah dikatakan pejuang yang seangkatan dengan Datok Maharajalela, Datok Sagor dan Si Puntum. Mereka bersama-sama berjuang untuk menentang penjajahan British di Pasir Salak pada ketika itu.

Apa yang mengelirukan saya, menurut teater ini residen British di Pasir Salak, JWW Birch pada ketika itu telah ditikam oleh Wan Cik Gondah dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu kepala Birch telah ditetak dengan parang oleh Si Puntum yang ketika itu bersama dengan Wan Cik Gondah. Sedangkan menurut sejarah, kematian Birch adalah dibunuh semasa beliau sedang mandi di Sungai Perak dan mayatnya dibiarkan hanyut mengikut arus sungai. Konspirasi pembunuhan ini menurut sejarah dengan kerjasama Datok Maharajalela, Datok Sagor, Si-Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Apa yang bertentangan disini ialah menurut sejarah, kematian Birch tidak disebut langsung ada kaitan beliau ditikam oleh Wan Cik Gondah. (mungkin ada didalam senarai DAN LAIN-LAIN tetapi tidak diketahui oleh masyarakat).

Balik dari menonton, saya terus melayari internet untuk mencari maklumat berkenaan Wan Cik Gondah ini. Tetapi, tiada satu artikel pun berkenaan wanita yang dikatakan Serikandi Perak ini. Mungkinkah kisahnya tidak diketahui umum kerana beliau seorang wanita? Mungkinkah kerana pejuang wanita pada zaman dahulu tidak perlu diingati? Seperti Embun, itupun setelah difilemkan baru orang ramai mengetahui tentang beliau. Begitu juga dengan Ibu Zain yang diteaterkan di IB pada tahun lalu. Setahu dan seingat saya, dalam sejarah melayu yang diajar di sekolah pun tidak pernah disebut tentang pejuang wanita ini. (kalau ader..nampak sangat la saye ni tido time class..tp class math,ekonomi dan perdagangan..mungkin saya tido..tp ini subjek fav..sejarah..i dont think so~)

Jadi, pahlawanperak.blogspot.com tolong saya cari maklumat tentang Wan Cik Gondah ini boleh? Sekadar ingin mengetahui lebih lanjut tentang pejuang di tanah tumpah darah sendiri..sekurang-kurangnya kita tahu siapa yang telah berjuang untuk kehidupan kita pada hati ini. (cewah~ mentang-mentang bulan merdeka..semangat~) adios..ciou~